Leave a comment

6.3 Penjagaan Anak Pokok

i) Merumput

– Rumput yang tumbuh dalam beg politena perlu dibuang untuk mengelakkan persaingan antara tumbuhan hiasan dan rumput dalam mendapatkan nutrien, air, cahaya, dan ruang. Merumput juga dapat memusnahkan tempat tinggal dan tempat membiaknya perosak dan agen penyakit.

 

ii) Menggembur Tanah

– Menggembur tanah perlu dilakukan jika keadaan medium, iaitu fizikal tanah telah menjadi keras dan padat. Medium yang gembur memudahkan akar menembusinya dan membaiki pengudaraan tanah. Akar pokok juga lebih mneyerap air dan nutrien.

 

iii) Membaja

– Membaja merupakan proses membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan supaya tumbuhan hidup subur. Pembajaan boleh dilakukan selepas 2 hingga 4 minggu mengubah. Pokok hiasan jenis berbunga lebih sesuai menggunakan baja yang mempunyai unsur (P) dan (K) yang lebih tinggi. Baja boleh diberi sama ada dalam bentuk butir atau cecair. Kekerapan membaja seelok-eloknya dilakukan dalam jangka masa 2 hingga 3 minggu. Baja organik yang cukup reput boleh juga dibekalkan dan dijadikan sebagai bahan sungkupan.

 

iv) Menyiram

– Penyiraman bertujuan untuk membekalkan air kepada tanaman melalui medium. Kekurangan air menyebabkan daun menjadi layu, tiada pertumbuhan, dan medium menjadi kering dan keras. Anak pokok perlu disiram sekurang- kurangnya satu kali sehari. Gunakan bekas penyiram yang bermuncung dan berlubang halus.

 

Video: Penjagaan Anak Pokok

Leave a comment